Tuesday, 2 July 2013

Ayam masak stew la pulak...

Asyik2 masak sup jer...sampai boring dah nak makan sup. Apa bole buat kanak2 ribena ada kat rumah, masak pun haruslah kena dengan tema kanak2. Nak makan dengan nasi putih bole atau cicah dengan roti pun bole.

Kali ni ubah skit jer drp tema sup..kalau sup letak air jer...kali ni letak tomato banyak skit...baru ada rasa masam2 skit.
Resepi..Cekidauttt..

Ayam Stew

1 ekor ayam potong kecik2 (nak guna kepak ayam macam ecah pun bole cuma kerat 2 jer)
2 sudu besar tomato puree
1 ketul kiub ayam
2 biji tomato dipotong dadu
1 labu bwg besar potong wedges
2-3 biji kentang potong 4
2 btg carrot belah dua lemudian potong serong besar2.
Daun sup dan daun bawang
Bhn blend:
3 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
2 inci halia

Tumis bahan blend sampai wangi.
Masukkan tomato puree, kacau. Masukkan tomato yg dipotong dadu dan ayam.kacau sebentar. Kemudian masukkan kentang, carrot, bawang besar dan kiub ayam. Masukkan air sedikit(agak2 tenggelam ayam skit jer).
Kacau dan biarkan mendidih dengn periuk ditutup agar cepat empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
Bila ayam dan sayur dah empuk bole tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
Siap bole makan..pastu keluar ronda2.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...