Monday, 19 November 2012

Kembali ke alam cyber ;D

Assalamualaikum....
Dah agak lama tak berblogging. Sejak balik kampung, dengan internet pun elekkk..memang malas nak berblog or ber fb.
Tapi angin tu dh bertukar bila terasa diri dh pandai skit nak guna s-note. Mana taknya benda ni dh sebulan org hadiahkan tapi disebabkan tuan blog taktau guna maka endingnya simpan buat pekasam dulu..
Janggal jugak bila start blogging dgn snote ni..hehe..bila dh terer kau tengok la nanti kerap ke tak blog ni di update.
Apapun jom kita layan gambar princess yang di ambil dgn android ni..


Saturday, 11 August 2012

Yea..yea...nak balik kampung

Dah tak sabar nak balik Penang ni...ada sapa2 nak jemput tak untuk pegi open house raya ni..hehehe tak malu betul. Ecah balik Penang on 27 ni (passport dh expired...kalau tunggu lama2 nanti jadi PATI plak).
Balik ni bole la melantak puas2 sebelum bersalin ni...hehehe.

Opcoz si Ecah pun tak sabar nak balik kampung. Sekarang pantang kena marah dengan Abi nye...siap sound kat Ummi... "Umi jom"... bila ummi tanya balik "jom pi mana?"...."jom alik ampung"...
hehe..konon merajuk dengan Abi terus nak balik kampung ler tu..macam2.


Bila dah makin besar, makin banyak perangai baru yang dapat. Kengkonon dah jadi big girl la..:)



Wednesday, 8 August 2012

Aktiviti melayan anak

Aktiviti harian Ecah kat sini actually sama jer..kalau maknya tak rajin nak turun bawah...main ler kat dalam rumah. Main masak2, main jual2 dengan cash machine, mengadap youtube tengok tutitu, upin ipin, baa baa black sheep...sampai dah bole hafal lagu2 yg dia slalu dengar.
Kalau maknya terajin skit bole ler layan dia main kat playground kat bawah block. Tapi yang tak menahannya penat nak mengikut dia lari sana sini la. Last2 kalau penat sangat duduk le terlepak kat hujung2 slide yang anak panjat tu.







Biar jer dia nak panjat apapun...sapa larat ikut kalau asyik nak memanjat jer.
Apapun sekarang Ecah dah ok dengan environment kat sini.


Thursday, 19 July 2012

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan yang akan bermula pada hari Sabtu ni di Singapore dan Malaysia.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat beribadat.


Saturday, 7 July 2012

Routine work

Dah seminggu dah dok rumah menjalankan aktiviti harian sebagai fulltime housewife.
Penat..memang penat mengalahkan penat time kerja lagi.
Ni sampai dah semput2 dah rasanya dengan selsema dan batuk.
Mana nak melayan si kecik, si bapak, si kerja2 rumah, si apa lagi pun taktau lah.
Penat woo....

Dah kata jadi surirumah..haruslah meng update kerja2 rumah yang dah dibereskan.
Jangan tak tau time sekaranglah baru boleh mengasah bakat terpendam terpadam dalam aktiviti memasak ;)
Jadi inilah hasil masakan hari ini...

                                                                  -
                                                                  -
                                                                  -
                                                                  -




3 jenis masakan lagi tau...biasa2  tu sejenis jer yang mampu ku lunaskan.
Ada ikan goreng sambal, udang goreng tepung, sayur lemak labu kuning & air sirap (terlupa nak masukkan skali dalam gambar.

Sambil memasak tu nasib baik Si Echa ada aktiviti yang bole mengkhayalkan dia jap.
Kalau tak, alamatnya makan untuk lunch dah jadi dinner la.

 Sibuk main rumah2..


Dah petang baru bawak dia turun main bawah.




Kat bawah rumah ada playground yang ada banyak slide.
Seronok la dapat main slide..yang paling tinggi pun dia dah redah main.
Itu jerlah yang ada kat sini. Kalau kat kampung tu seronok mainnya lain.
Redha ajerlah Echa...







Tuesday, 3 July 2012

New life begins here...

Dah start dah kehidupan baru di Singapore. Actually tak la baru sangat sebab dah banyak kali balik sini sejak kawin. Tapi masa tu asyik ulang alik ajer la daripada sorang, kemudian berdua dengan anak, kemudian bertiga dengan kandungan dalam perut ni lagi...dah penat dah nak berulang.
Sekarang hah..duduk la diam-diam kat rumah ni..dah jadi fulltime housewife plak.
Barang-barang pun tak habis kemas lagi..memasak belum fine tune lagi. Sekadar buat apa yang patut jer dulu.

Minah kenit si Eisyah ni asyik protes nak keluar main kat luar jer. Kalau kat kampung ok ler, keluar pintu rumah boleh terus main kat luar laman depan rumah. Kat sini, nak kena turun lift untuk main kat bawah. Maknya dah la tak brapa nak rajin bawak anak main kat playground. Terpaksa cari alternative lain untuk layan layan anak main dalam rumah. Tengok jer la muka budak boring main dalam rumah ni..





Thursday, 7 June 2012

Time Flies So Fast

Lately penyakit "M" is always burden on me..I don't have any ideas what to write, what to cook and what to do at all. Maybe pembawakan budak kot..(alasan jer kan). I'm now in 21 weeks pregnant and 19 weeks to go!.

I'm just counting the date ( not baby birth date ahh..). My last date as a working mom will be ended by this month. Then I will say bye bye to my small cubical, my kampung house and my lovely country. Time to migrate and start to build up new family life together with my lovely husband in Singapore. No more term as "long distance husband and wife". Hope Eisyah will be happy to be with her Abi soon and able to adopt new environment life there. Wish us all the best!

saje jer letak gambar lama...miss time dia kecik2 sbb senang nk jaga sikit masa  tu berbanding sekarang ni.




Tuesday, 20 March 2012

Thinking of Abi

Nothing to say...just layan jer gambar good girl yang bertanda di dahi ;)



Thursday, 8 March 2012


Long time no update...well, Echa dah besar dah sekarang...dah pandai buat ayat guna dua perkataan. Contoh ayat "Miii shoe!" ( ummi, nak pakai kasut), "susu nak" (nak susu) dan ada lagi la perkataan2 yang kadang2 bole buat kita gelak bila dengar.
Bila tengok perkembangan anak, baru kita rasa betapa cepatnya dia membesar. Rasa macam baru jer lahirkan Si Echa..dah besar sikit dah sekarang..dah pandai mintak adik pun (hehe.. agaknya la). Tengok la kalau tido, kaki dia macam mana..
Itu baru aksi tido penuh dengan gaya akrobatik..yang live punya masa tengah main..bole sakit jantung tengok dia memanjat dan terjun kerusi meja semua. Itu baru gigirl..belum lagi boboy. Sesapa yang ada boboy lagi la semput kan.. :).

Friday, 20 January 2012

Mood nak balik kampung

hehe..balik kampung la sangat kan...memang dah duduk kat kampung apehal nak balik kampung lagi kan.
Malam ni nak balik rumah atuk ecah kat Sin Chia Poo...so, bye,bye  :) (mood happy jer)

Monday, 2 January 2012

Bila ummi kena buli...

Macam nilah rupanya bila dibuli oleh anak sendiri...


Habis tangan kena tampal dengan sticker ole budak kenit ni...


tengoklah tu..kusyuk member nak menampal semua benda yang ada dengan sticker dia tu. Actually sticker tu dibeli masa kat airport Changi haritu..untuk Eisyah buat main dalam flight. Bukan apa, kalau takde benda dia nak main habis la nanti semua benda dia nak panjat, nak intai2 orang, nak jalan2 bole tercabut tangan ummi dia nak handle semua tu. So sekarang dia dah jumpa balik sticker tu..nasib la benda apa yang dia jumpa depan mata semua kena stick la. :)

Sunday, 1 January 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012


Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru dah hari ni. Banyak peristiwa suka duka sepanjang tahun 2011. Dan yang paling terkesan sekali ialah kehilangan arwah abah yang telah pergi menemui Ilahi pada 6 Mei 2011.
Hanya doa dapat dipanjatkan untuk arwah abah dan semoga mak juga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Kedatangan 2012 diharap dapat membawa sinar kebahagian untuk semua. Tak kiralah apapun azam atau matlamat yang kita impikan untuk tahun baru ini, semoga semuanya dapat kita kecapi dengan penuh kemanisan dan kebahagian bersama orang-orang yang kita sayang.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...