Tuesday, 23 July 2013

Roti arab

Ini salah satu menu iftar yang mudah nak di sediakan. Mana menu yang mudah dan cepat disediakan itu yg jadi pilihan. Almaklumlah..semua kena masak sendiri mestilah nk masak yg senang jer. Tak penah beli lagi tau makanan luar sepanjang berapa belas hari dah puasa ni..hehe. Ramadhan kali bole dikatakan banyak makan roti jer waktu berbuka. Entahlah...rasa itu yang cepat dan kena dengan tekak maka adalah menu ulangannya tiap2 minggu. Yg menjadi peberet skali mestilah garlic bread. Bole dikatakan selang sehari mesti buat. Tak kira la guna roti apapun...french loaf, ciabatta, foccacia atau panini..semua jadi. Tapi yg sedap skali ciabatta..rangup jer bila makan. Foccacia dan panini sedap buat sandwich sebab dia ada herbs.

Berbalik pada roti arab ni resepinya mudah jer nk buat dan ingat. Cicah pulak dengan kari sardin yg pekat...lagi la sedap. Nk cicah dengan apa pun bole asalkan kena dengan  tekak masing2.
So, resepinya hasil google dari myresepi dan diolah balik sikit2...

Roti arab

500 gm tepung gandum
300 ml air suam
2 cb gula
2 cb marjerin
2 cb minyak
Setengah peket yis yg 11gm tu.

Yis digaul dgn tepung.
Marjerin minyak dan gula dilarutkan dlm air suam. Tuangkan bancuhan air suam ni ke dalam tepung sikit2 sambil gaul sehingga habis. Uli adunan sehingga tak melekat pada tangan. Kalau lembut sgt bole letak tepung sikit kt tangan. Uli dalam 10 minit gitu pastu tutup doh dan  biarkan adunan naik 2kali ganda (dalam 45minit ke 1jam gitu). Sambil2 tunggu tu bole jer buat kari utk cicah roti ni.
Bila doh dah naik. Tumbuk2 skit bagi keluar angin pastu uli dan bahagi doh kepada beberapa ketulan bulat2 . Bole dapat dalam 12-15 ketul. Pastu canai skit kasi leper biar dia naik sekejap jer pastu bole goreng  dalam minyak panas. Biar dia naik kembung dulu dlm minyak panas baru balikkn ke sebelah lg. Goreng sampai perang2 jer. Senangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...