Friday, 29 March 2013

Baby Sling Bag

Assalamualaikum....

Actually bag gendong baby ni dah ada. Beli time Eisyah lagi...tapi disebabkan beg yg ada tu tak berapa mesra pengguna maka terpaksa la beli yg lain plak. Bukannya apa...cuma tak bole multipurpose utk breastfeeding. Sekarang Qadeeja kan fully bf (save la belanja utk susu) so kalau p mana2 nk kena bagi bf utk dia. Tercari2 la baby room kalau keluar pegi mana2.

Baby sling ni rasanya org Indonesia yg start pakai dulu kot..tapi diaorg guna kain batik jer. Pastu dikomersialkn oleh barat. Bila dh omputih ni buat opcos la harga pun bole tahan gak. Brand yg dbeli ni theBabaSling.

Lepas ni senang skit agaknya nak bf Qadeeja.
Bila nk amik gambar tu ada plak model tak berbayar cbuk nk jgk muka dia masuk skali.



Monday, 18 March 2013

Mari kita pergi Zoo

Last Saturday kitaorang pergi Singapore Zoo. Lama betul tak penah pergi zoo ni. Rasa2nya masa zaman sekolah dulu jer pergi zoo kat Taiping tu. Ni dah ada anak baru pergi pulak.

Besar jugak zoo ni..kalau nk jalan kaki memang penat gila la tambah lagi dgn ada budak2 ni. Nasib baik dlm tu ada tram, so kitaorang amik pakej yang ada tram la senang. Pergi sana empat beranak dan sorang sepupu ecah, ain. Masuk sorang dewasa kalau tak silap $31 dan kanak2 $27. Bawah 3 tahun free. Mahal gila kan..tapi berbaloi masuk kat dlm tu dgn bermacam kemudahan. So memang mesra kanak2 tak panas sebab banyak pokok, banyak pit stop yg siap kipas angin, ada kedai makan yg berhawa dingin dan gerai2 kecik yg jual minuman kalau dahaga kat banyak tempat.

Memang enjoy la pergi..ecah siap mintak nk pergi lagi dgn abi dia. Adik Qadeeja tido jer.
Tunggu adik besar skit kita pergi lagi ok. Enjoyyy..






Monday, 11 March 2013

2nd appointment with ICA

Hari ni ulang pi imigresen kat Republic of Singapore ni lagi utk urusan nk dapatkan long term visit pass (LTVP). And at last Alhamdulillah dapat jugak. Me dapat 3 years siap ada PLUS lagi kat kad tu. Anak2 pulak dapat 1 year sbb budak punya kena renew every year. Yang PLUS tu kitaorang tanya kat imigresen maksud apa...dia cakap yg ada PLUS ni, dia punya period of residency lagi lama dari yg biasa. Kalau biasa punya antara 3 bln, 6bln atau 1thn jer..tp yg ni sampai 3 tahun..then bila nak renew bole sampai 5 thn. Then bole enjoy the healthcare and employment benefits which mean i can work kat sgpore without work permit...hehe.

Apa2 pun syukur kehidupan kat sini berjalan lancar tanpa ada masalah. ;)

Saturday, 9 March 2013

Murtabak Maggi

Petang ni hujan lebat..so fikir punya fikir nk masak apa utk buat minum petang..ternmpk la cikmaggi. Teruslh jadi murtabak maggi mcm kt bwh tu.

Bahan2:

2 peket mee maggi
1  peket perencah maggi
1 biji bwng besar - dipotong dadu atau cincang
1 btg sosej - hiris nipis
4 biji telur
Garam

Cara2:
Patah2kan maggi. Rebus hingga lembut toskan.
Pukul telur bersama semua bahan diatas. Kemudian masukkan maggi.
Panaskan nonstick pan atau kuali dgn sedikit minyak masukkan maggi. Balikkan murtabak hingga masak.
Kalau guna non stick pan yang kecil tu dapat la dalam 6 biji murtabak.

Selamat mencuba resepi yg cepat dan mudah ni.



Thursday, 7 March 2013

Blueberry Shortbread Bars

Malas nak letak resepi sebab tak menjadi buat shortbread ni. Bole jer mkn sbb rasa smua ada cuma pastry doh tu lembik skit so dia tak berderai seperti yg sepatutnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...