Thursday, 31 January 2013

Bingka Cheese Sarawak

Hari ni buat bingka cheese ni utk minum petang.
Tengok resepi pun mudah jer..try buat dgn resepi yg digoogle ni. Resepi ni asalnya guna cawan metrik untuk sukatan bahan, tp tuan tanah takde cawan metrik maka dgn gigihnya terpaksa la convert ke gram dan ml plak :

Bingka cheese sarawak

Bahan A:
1 peket agar2 serbuk cap ros (13gm)
700 ml air
180gm gula

Bahan B:
250gm mentega/ butter
250gm cream cheese philadelphia
1/2 tin atau 1/2 cawan susu pekat manis
180gm tepung hong kong ( tuan tnh guna tepung gandum jer)
3 biji telur
1ct vanilla / lemon juice ( tuan tnh letak lemon juice..sedap gk.)

Cara2:
1) masak bhn A sampai mendidih
2) pukul telur sampai kembang, masukkan mentega dan susu pukul lg smpai kembang, masukkan cheese&vanilla pukul lg.
3) kemudian masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis
4) masukkn bahan A yg masih panas ke dalam adunan B, pukul dengan kelajuan tinggi.
5) tuang dlm bekas yg telah dilenserkan dan bakar dlm ketuhar yg telah dipanaskn terlebih dahulu dlm suhu 175°c selama 60 minit atau sehingga masak.

Bingka ni kena tunggu sejuk baru dia set elok dan bole potong..kalau nak simpan dlm peti ais then mkn sejuk2 pun sedap.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...