Friday, 20 January 2012

Mood nak balik kampung

hehe..balik kampung la sangat kan...memang dah duduk kat kampung apehal nak balik kampung lagi kan.
Malam ni nak balik rumah atuk ecah kat Sin Chia Poo...so, bye,bye  :) (mood happy jer)

Monday, 2 January 2012

Bila ummi kena buli...

Macam nilah rupanya bila dibuli oleh anak sendiri...


Habis tangan kena tampal dengan sticker ole budak kenit ni...


tengoklah tu..kusyuk member nak menampal semua benda yang ada dengan sticker dia tu. Actually sticker tu dibeli masa kat airport Changi haritu..untuk Eisyah buat main dalam flight. Bukan apa, kalau takde benda dia nak main habis la nanti semua benda dia nak panjat, nak intai2 orang, nak jalan2 bole tercabut tangan ummi dia nak handle semua tu. So sekarang dia dah jumpa balik sticker tu..nasib la benda apa yang dia jumpa depan mata semua kena stick la. :)

Sunday, 1 January 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012


Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru dah hari ni. Banyak peristiwa suka duka sepanjang tahun 2011. Dan yang paling terkesan sekali ialah kehilangan arwah abah yang telah pergi menemui Ilahi pada 6 Mei 2011.
Hanya doa dapat dipanjatkan untuk arwah abah dan semoga mak juga diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Kedatangan 2012 diharap dapat membawa sinar kebahagian untuk semua. Tak kiralah apapun azam atau matlamat yang kita impikan untuk tahun baru ini, semoga semuanya dapat kita kecapi dengan penuh kemanisan dan kebahagian bersama orang-orang yang kita sayang.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...