Tuesday 26 November 2013

Nasi kacang dhal

Sekali sekali kena ubah jugak menu sarapan pagi ni. Asyik2 toast, cereal atau roti sapu kaya jer..boring gak. Nak cari nasi lemak yg comel2 bungkus dgn daun pisang jgn harap la nak jumpa. Kalau nk mkn kena masuk Johor cari.

Pagi ni macam terlebih rajin skit masak nasi awal2 lagi. Pukul 9 pagi dah siap masak untuk sarapan merangkap makan tengahari skali. Nasi kacang dhal makan dengan ayam goreng. Untuk yg tua2 kat rmh ni ada lagi sambal ikan bilis leftover maka dipanaskan balik bole buat lauk tambahan.
Actually kacang dhal tu rendam semalam nak buat masalode...pastu bila bangun pagi rasa macam malas jer terus tukar menu ke nasi kacang dhal. Senang skit..budak2 pun suka. Maknya pun senang hati tak payah masak bnyak2 sebab dalam nasi tu ada kacang, carot, susu dan sebagainya...penuh khasiat tanpa santan.
Maka layan jer la nasi kacang dhal dengan ayam goreng.


Saturday 23 November 2013

Bubur nasi berlauk

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak mengupdate blog. Macam hidup segan mati tak mahu jer.
Hujung2 minggu ni memang hari untuk bermalas-malasan. Sampai kadang2 tu nak masak pun tersangat la malasnya.
Hari ni sebenarnya cuma nak masak bubur nasi jer makan dengan ikan bilis goreng + kacang + lobak masin + telur masin. Semua masin2 hahh...sapa yg ada darah tinggi dlm rumah ni nasib ler kan...
Pastu ada org tu keluar pi kedai...dia hentam p beli sayur bayam dan ayam lagi. Suruh goreng bayam dan goreng ayam tu buat lauk tambahan lagi...aduhhh! Letih betoi nk kena masak lagi.
Boring la kalau ayam tu asyik goreng garam kunyit jer. Pastu terfikir nk buat ayam pandan. Godek2 esbok tengok ada daun pandan kering 2-3 helai lg...buat jerla.
Buat pun guna resepi yg mudah..tak kuasa nk buat yg susah2.
Resepi: bawang merah (rmh ni takde bwg merah cuma ada bwg besar jer..hentam jer), bwg putih, halia sikit, serai sebatang, serbuk kari daging sikit, serbuk kunyit, garam dan half kiub ayam knorr dan daun pandan sehelai. Kasi blend semua kecuali daun pandan..gaul dgn ayam( jgn lupa letak daun pandan yg di potong kecik2 masa perap). Perap jap jer terus goreng. Siap. Bahan2 tu agak2 jer ikut banyak mana ayam yg kita guna.
Dah bole mkn...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...