Monday, 29 April 2013

Apple Pie

Assalamualaikum...
Lama betul tak mengupdate blog ni..malas.
Bila dah lama tak update kita layan dulu la resepi apple pie ni....bab2 mkn ni syiok skit layan...
Resepi seperti biasa digoogle dan di adjust ikut selera dan apa yg ada didapur...jomjenguk

Apple pie

Bahan-bahan pastri:

250 gm tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam
1 biji kuning telur
30 gm air sejuk dr peti ais- guna air sedikit je (agak2 bole kepal)

Cara-cara
untuk membuat lapisan bawah
(pastri),ayak tepung bersama gula
aising.Gaul ramas adunan tepung bersama
mentega hingga menjadi seperti serbuk
roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli
hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan
bulat,bungkus menggunakan plastik dan
rehatkan didalam peti sejuk selama
sejam.

Panaskan ketuhar pada suhu 180ºc.Canaikan pastri dan masukkan didalam
tin pai 16cm atau 20cm.Asingkan sedikit
pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastri
pada dinding acuan supaya rata dan
tekan sedikit pada setiap lekuk.
Cucuk dasar pastri dgn garfu.
Bakar 25 minit..atau pastri dh nampak masak keperangan.
keluarkan.
Sapukan rata putih telur pada kulit
pai.
Tuang inti dan ratakan.
canai baki pastri dan hiris
memanjang.Susun bersilang pada
permukaan pai/Sapu kuning telur dan
bakar selama 30 - 40 minit.

Bahan-bahan inti:

4 biji epal hijau (dipotong dadu)- saya guna 2 epal hijau dan 2 epal merah
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)
Cara:
Masukkan epal dan gula perang dlm
periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbuk kayu manis dan kacau
rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan
kacau rata.
Sejukkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...