Wednesday, 25 September 2013

Pengaruh movie

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni malas betul nak bukak blog. Bukan setakat nk berblog malas...nak masak pun jadi malas jugak. Taktau la apa nak jadi.

Alkisahnya bila malas ni menjadi2...layan and lepak jer ngan budak dua orang ni kat bilik. Habis la segala mak nenek mainan yang dibongkar bersepah semua. Si kakak suka lukis yang adik suka kacau jer...maka terjadi la lukisan monster ni.
Bila tanya Eisyah lukis apa...dia jawab monster yg macam selalu dia tengok kat tv tu..(apalagi kalau bukan monster inc.) Ulang 10 kali pun tak pa bole layan cite tu.
Dah siap lukis dia tunjuk ler kat ummi..yg gemuk tu abah monster, sebelah tu yg mcm carot tu mama monster, sebelah mama monster tu kakak monster dan yg kecik skali tu baby monster...hah amikau..kalau bapak monster mesti mau besar..sib baik mama monster macam carot ja..tak la besar sangat.

So moral of the story..budak2 ni sangat la jujur dalam meluahkan apa yang dia lihat. ;)



Saturday, 14 September 2013

Muffin Oren

Assalamualaikum....
Lama betul tak mengupdate blog...sejak balik kampung bercuti raya tu terus sepi jer blog pun.
Bukan apa malas jer puncanya.
So, daripada biar bersawang lebih baik update skit daripada takde apa2 langsung kan.
Projek mapin ni buat dengan anak dara kepo @ ecah yg tak habis2 dok suruh umminya buat kek. Malas betul nak buat kek sebab nak kena keluarkan mixer la hapa la...so better buat mapin lagi senang cuma kacau2 dengan tangan jer. Buat untuk minum petang..tak manis sangat ok la. Dapat dalam 13 ketul yg comel2.
Resepinya...

Muffin Oren

240 gm tepung gandum
1/3 ct soda bicarbonate
2 ct baking powder
1/2 ct garam
120gm butter - cairkan
100gm gula caster
1 biji oren(nk guna 2biji pun bole)- parut kulit luarnya dan perah jusnya.
2 biji telur
Coklat chip utk hiasan

Campur dan ayakkan sekali tepung, soda, baking powder dan garam ke dalam bekas.
Masukkan gula ke dalam adunan tepung.
Campurkan parutan kulit oren, jus oren dan telur ke dalam butter yg dh suam2 skit. Pukul2 dengan garpu pun bole utk larutkn telur tu.
Tuang adunan butter ke dalam tepung. Kacau sampai sebati.
Tuang ke dalam muffin cup tabur coklat chip dan bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 180ºc selama 25 minit.
Siap.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...