Friday, 19 July 2013

Resepi kuih bakar pandan

Atas beberapa permintaan maka terpaksa la jugak letak resepi kuih bakar pandan yang dibuat pada minggu lepas ni...

Kuih Bakar Pandan

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama
1 cwn air dan tapiskan)-yg ni tuan tanah skip sbb takdak daun pandan cuma guna pewarna hijau dan perisa pandan ja.
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 450 ml)- yg ni tuan tanah guna santan kotak yg 200ml tu.pastu campur lagi air ikut sukatan kotak lg 1 1\2 kotak.
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan
rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah
panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sampai
kuning/garing (bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak
garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...