Wednesday, 17 July 2013

Iftar hari ke 7

Hari ni buat beehoon goreng singapore..popia sayur bercili dan popia crabstick untuk budak2 kecik dalam rumah ni.

Untuk popia crabstick tu potong julienne sengkuang dan carot. Pastu letak crabstick,susun sayur2 tu skali...gulung. lekatkan dgn tepung gandum yg dibancuh dengan sedikit air.

Utk popia sayur plak...balance sayur yg buat crabstick tu guna balik. Mula2 tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan udang basah yang dicincang( kalau nak letak ikan bilis pun bole). Goreng sekejap pastu masukkan sayur tadi.perasakan dengan garam dan sikit lada sulah. Siap. Toskan sayur tu dalam penapis agar air semua kering sebelum digunakan. Paatu gulung la popia tu. Goreng dan siap.

Utk cili atas popia tu...tumis bwg putih yg diketuk. Masukkn cili kisar dlm 2 sudu besar.kacau hingga garing pastu masukkn gula 1 sudu besar..masukkn sos cili dlm 2 sudu besar jgk atau agak2. Perasakan dgn sikit jer garam. Siap.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...