Monday 29 July 2013

Yeay..nak balik kampung..

Alhamdulillah raya ni kali giliran kat kampung pulak. Dah tak sabar nak balik lagi seminggu lebih kurang.  Tiket semua dah settle...mak oii dia punya harga boleh tahan jugak sampai laki aku kata lepas ni jangan dok terhegeh2 nak balik kampung lagi dah..setahun sekali sudah. Itupun dapat tiket SilkAir..kalau AirAsia lagi mahal cekik darah.
Hehe janji dapat balik kampung.

Baju dan kasut budak2 semua dah settle beli siap2 kat sini. Rasanya shopping baju dan kasut budak kat sini lagi murah berbanding dengan kat Mesia. Cuba tengok kasut stride rite tu yang aku beli kat budak2 ni baru sepasang $32 jer.. kat Mesia agak2 brapa yea..Aku agak kalau sepasang kasut tu  kalau tak Rm 150 ke atas jangan harap nak dapat la kan..Baju2 plak aku dapat beli dari Cotton On Kid sorang 3 pasang dengan harga tak sampai $100 tau..terer tak perbelanjaan berhemah aku. Semuanya aku beli masa ada diskaun.
Aku beli baju raya kat Eisyah masa dok Mesia dulu sepasang pun dah dekat Rm50...tak masuk kasut apa lagi. Tak berbaloi dengan barang yang kita dapat dan duit yg kita keluar...
Mungkin ni juga hikmah bila berhijrah dan jadi surirumah sepenuh masa ni. Dapat jimat duit poket somi. ;)

Pesanan penaja...sila berbelanja dengan berhemah di musim perayaan ni yea puan2...hehehe.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...