Thursday 28 February 2013

Daiso....Daiso

Semalam pergi ke Daiso kat IMM. Daiso ni kedai Jepun yang menjual aneka mak nenek barang dengan harga yg sangat murah iaitu SGD2 jer per item. Ala2 konsep kedai RM2 kat Malaysia..tapi kedai ni lagi besar dan barang2 pun berkualiti semua made in Japan..berbanding kedai Rm2 kat Mesia yg barang2nya alamak..taknak ckp la.

Punya syiok ambik2 barang sampai tak hengat dh penuh troli. Budak2 ni plak sorang letak dlm troli yg sempoi (lupa nk ambik gmbar) sorang gendong dlm bag yg galas tu. Nasib baik mak usu diorang pergi jugak..jadi bole la tolong angkat barang2.

Antara barang yg paling bnyk diangkut ialah baking item aku la...hehe. Semua brg menarik dan unik betul macam nk angkut jer semua. Pastu beli mainan playdoh utk eisyah, kerusi lipat2 dia, caramel corn ( ini sedap sgt..eisyah bole habiskn sorang dia satu bungkus), pinch hanger dan entah apa lg yg aku rembat sampai tak sedar diri. Sampai kat casher kira berapa item semua...nah 23 jenis barang darab 2 sama dengan $46 jer. Tak sampai 50 lagi kan...pandai tak akak belanja dengan berhemah hehe. En.Somi bagi $50 pun tak abis la..so dia tak bole ckp apa la kan..

Balik rumah pun dengan mood happy..senyum harus sampai telinga. Kat bwh tu pun sebahagian jer hasil rembatan. ^__^




Tuesday 26 February 2013

Perkara yg anda akan alami perubahan selepas mempunyai anak

Tu dia...punya panjang dia punya tajuk. Toksak panjang2 cerita jom kita semak betoi ka tidak...

1) Kita akan mempunyai kekuatan dalaman yg cukup hebat
2) Seluruh kehidupan kita akan tertumpu pada anak.
3) Kita akan merindui saat 9 bulan mengandungkan anak kita walaupun perut memboyot.
4) Kita tidak lagi memerlukan jam kerana bayi kita yg bertindak sebagai jam menentukan waktu utk kita..hehe
5) Kita akan lebih mengasihi ibubapa kita.
6) Kita akan mengalami perasaan yg lebih teruk bila anak sakit berbanding dgn diri kita sendiri yg sakit.
7) Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati bila berkaitan hal anak2.
8) Kita tidak alan jijik lg dgn najis baby malah akan happy bila lihat anak kita poo poo.
9) Kita akan lebih menghargai diri kita.
10) Kita lebih rela dtg kerja lambat asalkan dapat pelukcium anak dan bermesra bersama mereka.
11) Kita akan mula menyedari yg kita mempunyai kiasa yg hebat utk menenangkan anak kita yg sedang menangis.
12) Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh.
13) Kita akan merasakan yg mempunyai anak lagi bukan satu masalah yg besar malah kita akan sukakannya.
14) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun dlm masa yg singkat.
15) Kita akan dapati bahawa perkara yg dahulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas mempunyai anak.
16) Setiap hari kita adalah penuh dgn kejutan.
17) Tekanan yg kita tempuhi utk membesarkan mereka dengan airmata yang begitu senang mengalir merupakan anugerah untuk kita bermuhasabah dan berightifar mengingati Allah agar terus memberikan kita kekuatan.


Saturday 16 February 2013

She's 4 months old

Assalamualaikum...

Sekarang Qadeeja dh 4 bulan. Perkembangan yang bole dilihat sekarang ialah :

1) dah bole tiarap masa umurnya cukup-cukup 3 bln.

2) dah kenal org keliling dia. Akan melalak bila ada org yg dia tak kenal amik dukung.

3) sangat suka merap, merengek...melalak.. Sampai kakak & abi dia pun tensen dan fedup nk jaga dia..( kalau umi dia terpaksa la hadap jugak kan..)

4) suka buat muka serius bila tenung org

5) suka bagi pressure dekat umi..asyik nk nyot-nyot jer..pastu nangis bila kena tinggal sorang2.(nak b_r_k pun tak sempat wehh)

6) suka perhati apa yg kakak dia buat especially bila kakak lompat2 atas katil..(sabar jer la..nanti turn aku plak nak lompat biar umi dgn abi sakit kepala lg)..pastu ketawa bila kakak eksen2 terjatuh.

7) dah taknak tido buai..taktau la apsal. Kalau nak tdo mesti nk landing atas katil jer. Empuk agaknya and bole nyot2 skali.



Friday 15 February 2013

Sheperd's Pie versi melayu

Assalamualaikum....
Lama tak bersiaran kan..;-)
Hari ni nak berkongsi resepi western yang mana telah diolah skit agar ikut citarasa tuan tanah kedaung ni. Resepi asal seperti biasa digoogle dan diubahsuai skit ikut bahan yg ada dalam esbok. Ok cekidaut yea...

SHEPERD PIE

Inti:
400gm daging kisar
1 cawan mix vege (agak2 sendiri)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bwg besar (potong dadu)
2 ulas bwg putih ( cincang)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
1 sudu makan tepung jagung( bancuh dgn setengah cawan air)
Brokoli & fresh mushroom ( optional)

Panaskan minyak. Tumis bwang besar dan bwng putih. Masukkan daging kacau sampai kering air daging. Masukkan mix vege, tomato, sayuran, lada hitam dan stok daging. Kemudian masukkan bamcuhan tepung jagung. Rasakan garam secukupnya. Kacau sampai pekat.

Kulit pie:
6 ketul kentang large size (russet potato)
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter/ marjerin
Garam dan lada sulah

Rebus kentang dengan air dan garam sehingga lembut. Toskan bila telah empuk. Kemudian lenyek dan campurkan butter dan susu. Perisakan dengan garam dan lada sulah.

Ambil separuh kentang yg dilenyek dan tekan ke dalam bekas pie atau bekas aluminium. Letakkan inti. Letak baki kentang di atas dan ratakan. Bole ditabur dgn lada hitam serbuk dan daun parsli yg dicincang. Bakar dlm ketuhar yg dipanaskan 200°c selama 30 minit atau sampai permukaan pie berwarna perang. Siap utk dimakan.



Sunday 3 February 2013

Job description as a stay at home mom (SAHM)

Siapa cakap duduk dirumah minda tak berkembang. Actually bila jd SAHM ni banyak benda baru yang kita bole pelajari berbanding waktu kita bekerja dulu. This is what im learning rite now. Pengetahuan kita semakin bertambah luas dengan skop kerja baru ni.
First semestinya kita kena belajar memasak. Bukan senang woo nak belajar memasak pun. Kena belajar dari experience jugak. Kadang2 masakan kita tak menjadi, tak sedap, tak ada orang nak makan..itu lumrah. Jadi kita kena improved from there by learning and searching. Tak kira la kita nak google kat internet ke, tanya mak ke atau sapa2 jerlah. Itu ilmu yg kita usahakan utk dapat. Bagus tak?
Second, kita belajar mengasuh dan mendidik anak2 kita sendiri. Child education tak semestinya kita kena attend course baru kita dapat belajar. Disini kita dapat belajar real punya dengan cara membesarkan anak2 kita sendiri. Tak tau nak ajar atau muskil( mcm mana ejaan yg betul yea..dh confused) dgn masalah2 tertentu mengenai perkembangan anak atau kesihatan mereka kita google jer, membaca atau tanya org yg arif. Wah! lagi bertambah ilmu kita. Bole jadi teacher and doctor lagi...hehe.
Then third, home management (pengurusan rumahtangga). Macam mana nak uruskan kewangan keluarga dengan membuat planning dan budget, macam mana nak buat pembahagian masa utk memasak, mengemas, membasuh, menjemur dan melipat pakaian, merancang menu sihat utk keluarga dan menjadi pakar psikologi dgn anak2. Banyak lagi la tugas2 khas yg memerlukan kita ada ilmu utk menangani semua ni.
Dan yang penting kita sentiasa ada masa utk berblogging...hehe. Ini tambahan jer. Kalau keje ada ke masa kita nak buat semua ni...hehe. Ini based on my experience la kan. Kadang2 kalau nk cari info apa2 memang tak sempat kalau time kerja. Bila balik rumah dah letih nk buat kerja rumah. Kadang2 nak mengasuh anak2 sendiri pun dah tak larat. Suruh anak tido awal sbb maknya nk tido. Beli makanan kat luar sbb dh tak larat nak masak. Hantar baju kat kedai dobi sbb dh tak larat nk basuh dan gosok. Hurmm..betul tak? I know la...sbb dh lalu smua tu...hehe.
Buat masa sekarang belum terfikir lagi la utk bekerja semula sbb i really2 appreciate dgn apa yg ada sekarang. Dapat bersama2 dgn insan2 yg kita sayang pun dh syukur dgn anugerah ni. Tak kisahlh takde duit poket sendiri pun, apa yg husband bagi tu pandai2 la nk simpan utk diri sendiri kan.

P/s: nk mop lantai pun ada teknik dan procedure dia tau tak? Ini pun my hubby yg ajar sbb dia ada experience dlm bab2 hygiene ni. Kalau ikut i, main bantai "caraku, caraku jua" jer.



Saturday 2 February 2013

Di pagi Sabtu...

Awal2 lg mek dua org ni bangun. Ingatkan nak bangun lambat skit...hurmm..tak dpt ler kalau ada anak kecik cam gini.

Bila dah siap mandikan keduanya aku pun buatlh waffle utk sarapan pagi. Eisyah ni ada masalah sikit kalau bab2 mkn ni..cukup susah nk mkn. Nak pujuk dia makan aku pun ajak dia turun bawah main badminton. Sambil2 tu aku suapkan waffle skali sebagai selingan. Adiknya kena dok diam2 dlm stroller...hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...