Friday, 12 July 2013

Iftar hari pertama dan kedua Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua.  Bersempena bulan baik ni marilah sama2 kita ingat mengingati sesama kita utk mempertingkatkan amalan semoga kita beroleh keberkatan lagi utk menuju akhirat our final destination.

Bulan puasa kat sini tak meriah mcm kat Malaysia yg sana sini penuh dgn jualan pasar Ramadhannya. Jadi utk  juadah berbuka terpaksa la masak mengikut selera dan permintaan ahli majlis dlm rumah ni. Apa2 pun juadah sekadar bersederhana saja sebagai memenuhi tuntutan ibadah.
Utk hari pertama buat bubur ayam ala mcd dan sandwich telur campur mayonis, cheese dan tomato.
Manakala hari kedua pula buat kuih bakar pandan dengan yee mee kantonis..yg tak makan yee mee pula terpaksa la buat koeyteow kantonis..

Sila la jamu mata dgn juadah yg ada...mana tau kot2 dapat idea nak memasak pulak lepas ni.



No comments:

Post a Comment