Hari ni dah last day Eisyah belajar di K1 (Kalau kat Malaysia Pra Sekolah untuk umur 5 tahun). Eisyah sekolah di kindergarten yang diadakan di Masjid Hasanah yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah dah setahun Berlalu. Banyak perubahan yang nampak sejak dia bersekolah. Banyak surah2 pendek dah dihafal, spelling dah bole yang simple2 dan yang paling dia suka drawing but not colouring. Ini memang Dari kecil lagi dia suka kalau bab drawing. Bahasa penghantar masih English walaupun sekolah kat masjid.
School field trips pun banyak juga yang Eisyah dah ikut..antaranya pergi River Safari, fire station dan dairy farm.
Masjid di sini sangat aktif dengan pelbagai aktiviti. Macam community centre peranannya..sangat aktif. Siap ada office lagi kat dalam masjid. Tak pernah sunyi dan tak pernah takde orang dalam masjid.
No comments:
Post a Comment