Assalamualaikum...
Lama sungguh tak jenguk blog...tiba2 tergerak hati nak update blog selepas bertahun ditinggalkan. Allahuakbar ada lagi ke orang yang nak baca blog ni?..wallahualam...takpe update jer. InsyaAllah suatu hari nanti anak2 boleh jugak jengok2 baca diary online mak2 kat alam siber ni.
Perkembangan terbaru...emm..dulu anak sorang..sekarang dah empat orang. Dulu keja...sekarang dah stay at home Mommy. Syukur dengan perjalanan hidup yang telah ditentukanNya walaupun ada pasang surut, onak berliku ke berduri ke semua kena tempuh dan itulah yang menjadikan kita manusia yang tabah, kenal diri dan tahu mensyukuri bukan sahaja nikmat malah dugaan juga yang Allah datangkan kepada kita.
Bukan senang nak menguruskan rumahtangga dengan 4 orang anak kecil di bawah umur 5 tahun. Penatnya hanya Dia yang tahu. Tapi itulah amanah yang perlu dijaga dan dibimbing agar menjadi khalifah yang berjaya dunia dan akhirat.
Yang sulung Puteri Eisyah dah bersekolah (K1) kindergarten Masjid Hasanah. Yang kedua Puteri Qadeeja baru masuk 3 tahun October lepas, yang ketiga Puteri Maryam baru 1tahun 6bulan dan yang keempat Puteri Zahra 8 bulan. Semuanya Puteri....seronok sebab semua jadi Geng. 😘
Inilah muka2 yang susah sangat nak bergambar.....
.....
.....
.....
No comments:
Post a Comment