Thursday, 31 January 2013

Bingka Cheese Sarawak

Hari ni buat bingka cheese ni utk minum petang.
Tengok resepi pun mudah jer..try buat dgn resepi yg digoogle ni. Resepi ni asalnya guna cawan metrik untuk sukatan bahan, tp tuan tanah takde cawan metrik maka dgn gigihnya terpaksa la convert ke gram dan ml plak :

Bingka cheese sarawak

Bahan A:
1 peket agar2 serbuk cap ros (13gm)
700 ml air
180gm gula

Bahan B:
250gm mentega/ butter
250gm cream cheese philadelphia
1/2 tin atau 1/2 cawan susu pekat manis
180gm tepung hong kong ( tuan tnh guna tepung gandum jer)
3 biji telur
1ct vanilla / lemon juice ( tuan tnh letak lemon juice..sedap gk.)

Cara2:
1) masak bhn A sampai mendidih
2) pukul telur sampai kembang, masukkan mentega dan susu pukul lg smpai kembang, masukkan cheese&vanilla pukul lg.
3) kemudian masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis
4) masukkn bahan A yg masih panas ke dalam adunan B, pukul dengan kelajuan tinggi.
5) tuang dlm bekas yg telah dilenserkan dan bakar dlm ketuhar yg telah dipanaskn terlebih dahulu dlm suhu 175°c selama 60 minit atau sehingga masak.

Bingka ni kena tunggu sejuk baru dia set elok dan bole potong..kalau nak simpan dlm peti ais then mkn sejuk2 pun sedap.



Tuesday, 29 January 2013

Luar tingkap...

Assalamualaikum...
Bila dah takdak qhoje inilah saja yang mampu dikongsi.
Pemandangan dari tingkap dapur rumah ni...semua hutan batu.. Jgn harap la nk tengok pemandangan sawah padi macam kat kampung tu.

Yang nampak kat bawah tu playground tempat ecah main petang2. Sekarang dh dpt ramai kawan dh..mcm2 bangsa ada..duduk negara berbilang bangsa la konon. Nnt bila2 senang aku amik gmbar dgn kengkawan dia plak. Selalunya bila turun bwh aku jarang bwk tpon.
Ok...layan ngantuk jap..



Saturday, 26 January 2013

Princess Eisyah vs Princess Qadeeja


Dua anak dua macam karenah nk kena layan...klau saploh anak..hah mcm mana?

Macam mana la org yang ada anak ramai2 yg lebih drp seploh ni jaga anak...tambah2 lg yg dapat didik anak jd org yg berjaya tu...nk jugak la dapatkan petua2. Yang ada 2 org ni pun dh penat. Mana dgn si adiknya menangis nk menyusu masa kita tengah memasak (terpaksa la tutup api dulu), yg kakaknya memanjat meja makan (maknya terpaksa menjerit mcm tarzan), tak mau mandi takmau mkn ( ini aku dah siapkan rotan la dh malas nk potpet), nak pee pee, nak poo poo dan macam2 lg lah yg kena hadap. Memang takdak istilah nk rest la waktu siang tu. Time2 mcm ni teringat waktu bekerja dulu...ada jugak la time rest utk aku, dah tu sempat lg keluar merambu ramba dgn dua malaun kat opis aku tu kt shopping mall kot2 ada sale (harap2 korang dh brtobat sbb aku takdak..hehe).

Walau apapun aku tetap happy dgn keputusan yg aku buat ni. Anak2 ada depan mata, dapat membesar dgn kasih sayang umi dan abi. Aku pun tak payah nak pening fikir pasal kerja..takdak ofis hour 8-5 (tak payah kelam kabut bangun pagi..hehe..sukeenyer). Time aku, ikut suka hati aku jer...yg penting laki aku kata "u dh blajar time management kan..so practise la according to your work environment now" ..haha amikkaw!. Cuma aku jer rasa mcm tak penah cukup masa nak buat semua. Bila dapat rehat waktu malam aku memang dh taksedar diri. Sampai laki aku kata kalau pencuri nak masuk rumah pun fikir 2-3 kali sbb takut dengar bunyi mengorok mcm org nk gaduh jer...hehe. Whatever la kan...

P/s: hari gmbar dh ok skit kan..dah pandai skit godek2 gadget ni..sorry la kalau kepala terteleng skit tengok gambar kat entry yg sebelumnya tu. ;)



Wednesday, 23 January 2013

SOS...!!!

Assalamualaikum....tuan rumah semput sbb tu keluar warning SOS tu...hehe..
Bukannya apapun...cuma batuk2 dan selsema. Habis semua berjangkit. Mana taknya kat Penang haritu cuaca sangatlah panasnya, then balik Sinchiapo ni hujan plak semedang...perubahan cuaca la kononnya..tang minum air ais tu tak sebut plak kan..hehe.

Bila balik siinchiapo ni mula la pemberontakan berlaku dlm rmh ni...mana taknya, dah nama pun rumah sangkar burung..haruslah hidup pun terkurung..haha baru kena. Si ecah la sapa lg yg tahu memberontak mcm dia..si adik Qad (aku sebut bunyi mcm cat, so ecah bantai panggil adik dia adik meow, meow..ha amikkau).

So utk mengurangkan pemberontakkan tu haruslah ada diplomasi...kita kasi sama dia mainan jerlah apa lagi..mainan masak2 versi moden skit..(time maknya dulu guna bhn terbuang jer buat main msk2).. nk mkn apa sebut jer nanti dia tolong masak. Tak tau nk mkn apa? Jgn risau siap ada menu lagi bole pilih..kalau takde barang nnt dia bwk shopping troli p beli brg.. Sampai aku pun tak larat dh nk mkn siap kena paksa makan jugak dgn si ecah ni mcm jepun plak.

Adik ok lg la sbb skrg dia cuma bole tiarap jer..ko tunggu la turn aku plak(kata Qad dlm hati) hehe.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...