Sunday 23 June 2013

Apam Snow White

Buat apam ni utk eisyah sbb dia suka mkn...lagipun sepupu2 dia yg pompuan dtg rumah utk main dgn dia, jadi bole jamu budak2 tu skali..

Apam ni lembut dan gebu..sedap dan mudah jer nk buat. Cuma pakai blender jer utk blend nasi. Nasi tu plak guna yg lebihan nasi semalam yg tak habis...jd tak membazir.

Yg pasti kaler mesti letak pink giteww... dan tak letak pun kelapa parut sbb budak2 ni tak suka. Makan gitu jer pun dh sedap.
Ni resepi yg dicopy paste.

RESEPI APAM SNOW WHITE

resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : bdaria@jurnalresepi

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara
Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan
masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan
pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum
saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
NOTA dari kak.bdaria:
Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan
dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula)
supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan
ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis
nie....just nice 4 me.
Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan
kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag
supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna
putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat
lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati
bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi
masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak
digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini
sebelum kukusan yg pertama.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...