Friday, 14 June 2013

Nasi Tomato sempoi jer...

Salam Jumaat...
Sempena hari Jumaat yang barakah ni kita masak la nasi tomato utk seisi keluarga dan juga masak lebih sikit utk diberi pada keluarga adik ipar. Bukannya susah mana pun. Guna jer bahan apa yg ada dlm icebox tu.

So cekidaut resepi nasi tomato ni...

Nasi Tomato

Beras ( dlm 3 cwn )
Air (agak2 ikut sukatan beras)
Tomato puree (dlm 2-3sudu besar)
Susu cair skit
Minyak zaitun + minyak sapi dlm 1 sudu besar
Garam sikit
Bhn tumis:
Kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Blend bawang merah , bwg putih & halia (agak2 ker)

Panaskan minyak dan minyak sapi.Tumis bhn tumis hingga naik bau. Masukkn tomato puree susu cair dan garam skit.
Biarkn kering seketika kemudian masukkn beras yg telah dibasuh. Masukkn air ikut sukatan beras. Alihkan masuk ke dalam periuk lektik. Kacau dan biarkn hingga nasi msk.

Ayam Masak merah

1 ekor ayam (potong 8- 10 kemudian letak garam kunyit dan goreng)
Cili kisar dlm 3 senduk nasi
Tomato puree
Cili sos
Garam
Gula
Bhn tumis:
Kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Bhn kisar:
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
Halia agak2
1 biji tomato

Panaskn minyak, tumis bhn tumis kemudian masukkn bhn kisar, cili kisar. Masak sampai kering. Kemudian masukkn tomato puree, cili sos, gula dan garam. Perasakan semua. Masukkn ayam gaul dlm 15minit atau biar agak kering sikit kuah. Angkat.

Acar kobis:

Kobis di parut atau cincang halus
Karot diparut
Tomato potong dadu
Cuka mkn sikit
Garam dan gula
Nak letak minyak zaitun skit pun bole

Satukn semua bahan gaul dan perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap bole ngap..


No comments:

Post a Comment