Berlindung di bawah Ka'abah.
Jumaat, 1 Ogos, 2008 02:04
Berlindung di bawah ka'abah..
Aku berjalan membawa sekeping hati yang penuh dengan
kerinduan..
Kerinduan yang aku sendiri tak tahu pada siapa ingin aku
tuju kan..
Aku berjalan jauh melalui jalan yang gelap lagi sunyi..
Gelap lagi sunyi bersama risau dan ketakutan..
Aku kuat kan
perjalanan ku menuju ke destinasi yang aku sendiri
tidak pasti..
Aku lemah letih bingung...Aku berhenti berlutut tundukkan
wajah
sambil mengharap akan bantuan dari Ilahi..
Datang cahaya memberi harapan menunjuk kan arah yang harus
ku tujui..
Aku menangis bukan kerana sedih,aku ketawa bukan kerana
gembira..
Setiap perasaan ini tidak dapat di luah kan..hanya Maha Pencipta hati ku
yang faham dan tahu perasaan ini..
Aku taubat aku sujud kesyukuran dalam ketakutan mengharap
perasaan
misteri akan kekal buat abadi..
Kini aku membawa kerinduan itu menuju ke destinasi akhir
perjalanan ku..
Di situ aku bersujud mohon kerestuan agar kerinduan ini
di sambut dengan
hati yang terbuka lagi ikhlas..
Itu lah destinasi ku yang terakhir membawa
kerinduan..Rindu pada Tuhan semesta
alam,Rasul Nya dan insan yang akan menerima kerinduan
ku..
Itu lah arah di mana aku sujud arah di mana aku
bermohon tempat aku berlindung
dan tempat insan yang sudi menerima kerinduan ku...
Jangan terkejut plak...ni lah sajak hasil nukilan En. Suami tersayang...hehe