Friday, 15 February 2013

Sheperd's Pie versi melayu

Assalamualaikum....
Lama tak bersiaran kan..;-)
Hari ni nak berkongsi resepi western yang mana telah diolah skit agar ikut citarasa tuan tanah kedaung ni. Resepi asal seperti biasa digoogle dan diubahsuai skit ikut bahan yg ada dalam esbok. Ok cekidaut yea...

SHEPERD PIE

Inti:
400gm daging kisar
1 cawan mix vege (agak2 sendiri)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bwg besar (potong dadu)
2 ulas bwg putih ( cincang)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
1 sudu makan tepung jagung( bancuh dgn setengah cawan air)
Brokoli & fresh mushroom ( optional)

Panaskan minyak. Tumis bwang besar dan bwng putih. Masukkan daging kacau sampai kering air daging. Masukkan mix vege, tomato, sayuran, lada hitam dan stok daging. Kemudian masukkan bamcuhan tepung jagung. Rasakan garam secukupnya. Kacau sampai pekat.

Kulit pie:
6 ketul kentang large size (russet potato)
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter/ marjerin
Garam dan lada sulah

Rebus kentang dengan air dan garam sehingga lembut. Toskan bila telah empuk. Kemudian lenyek dan campurkan butter dan susu. Perisakan dengan garam dan lada sulah.

Ambil separuh kentang yg dilenyek dan tekan ke dalam bekas pie atau bekas aluminium. Letakkan inti. Letak baki kentang di atas dan ratakan. Bole ditabur dgn lada hitam serbuk dan daun parsli yg dicincang. Bakar dlm ketuhar yg dipanaskan 200°c selama 30 minit atau sampai permukaan pie berwarna perang. Siap utk dimakan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...