Tuesday 26 February 2013

Perkara yg anda akan alami perubahan selepas mempunyai anak

Tu dia...punya panjang dia punya tajuk. Toksak panjang2 cerita jom kita semak betoi ka tidak...

1) Kita akan mempunyai kekuatan dalaman yg cukup hebat
2) Seluruh kehidupan kita akan tertumpu pada anak.
3) Kita akan merindui saat 9 bulan mengandungkan anak kita walaupun perut memboyot.
4) Kita tidak lagi memerlukan jam kerana bayi kita yg bertindak sebagai jam menentukan waktu utk kita..hehe
5) Kita akan lebih mengasihi ibubapa kita.
6) Kita akan mengalami perasaan yg lebih teruk bila anak sakit berbanding dgn diri kita sendiri yg sakit.
7) Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati bila berkaitan hal anak2.
8) Kita tidak alan jijik lg dgn najis baby malah akan happy bila lihat anak kita poo poo.
9) Kita akan lebih menghargai diri kita.
10) Kita lebih rela dtg kerja lambat asalkan dapat pelukcium anak dan bermesra bersama mereka.
11) Kita akan mula menyedari yg kita mempunyai kiasa yg hebat utk menenangkan anak kita yg sedang menangis.
12) Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh.
13) Kita akan merasakan yg mempunyai anak lagi bukan satu masalah yg besar malah kita akan sukakannya.
14) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun dlm masa yg singkat.
15) Kita akan dapati bahawa perkara yg dahulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas mempunyai anak.
16) Setiap hari kita adalah penuh dgn kejutan.
17) Tekanan yg kita tempuhi utk membesarkan mereka dengan airmata yang begitu senang mengalir merupakan anugerah untuk kita bermuhasabah dan berightifar mengingati Allah agar terus memberikan kita kekuatan.


1 comment:

  1. miss both of u *love!love!*..bila nak balik penang ni???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...