Sunday 3 February 2013

Job description as a stay at home mom (SAHM)

Siapa cakap duduk dirumah minda tak berkembang. Actually bila jd SAHM ni banyak benda baru yang kita bole pelajari berbanding waktu kita bekerja dulu. This is what im learning rite now. Pengetahuan kita semakin bertambah luas dengan skop kerja baru ni.
First semestinya kita kena belajar memasak. Bukan senang woo nak belajar memasak pun. Kena belajar dari experience jugak. Kadang2 masakan kita tak menjadi, tak sedap, tak ada orang nak makan..itu lumrah. Jadi kita kena improved from there by learning and searching. Tak kira la kita nak google kat internet ke, tanya mak ke atau sapa2 jerlah. Itu ilmu yg kita usahakan utk dapat. Bagus tak?
Second, kita belajar mengasuh dan mendidik anak2 kita sendiri. Child education tak semestinya kita kena attend course baru kita dapat belajar. Disini kita dapat belajar real punya dengan cara membesarkan anak2 kita sendiri. Tak tau nak ajar atau muskil( mcm mana ejaan yg betul yea..dh confused) dgn masalah2 tertentu mengenai perkembangan anak atau kesihatan mereka kita google jer, membaca atau tanya org yg arif. Wah! lagi bertambah ilmu kita. Bole jadi teacher and doctor lagi...hehe.
Then third, home management (pengurusan rumahtangga). Macam mana nak uruskan kewangan keluarga dengan membuat planning dan budget, macam mana nak buat pembahagian masa utk memasak, mengemas, membasuh, menjemur dan melipat pakaian, merancang menu sihat utk keluarga dan menjadi pakar psikologi dgn anak2. Banyak lagi la tugas2 khas yg memerlukan kita ada ilmu utk menangani semua ni.
Dan yang penting kita sentiasa ada masa utk berblogging...hehe. Ini tambahan jer. Kalau keje ada ke masa kita nak buat semua ni...hehe. Ini based on my experience la kan. Kadang2 kalau nk cari info apa2 memang tak sempat kalau time kerja. Bila balik rumah dah letih nk buat kerja rumah. Kadang2 nak mengasuh anak2 sendiri pun dah tak larat. Suruh anak tido awal sbb maknya nk tido. Beli makanan kat luar sbb dh tak larat nak masak. Hantar baju kat kedai dobi sbb dh tak larat nk basuh dan gosok. Hurmm..betul tak? I know la...sbb dh lalu smua tu...hehe.
Buat masa sekarang belum terfikir lagi la utk bekerja semula sbb i really2 appreciate dgn apa yg ada sekarang. Dapat bersama2 dgn insan2 yg kita sayang pun dh syukur dgn anugerah ni. Tak kisahlh takde duit poket sendiri pun, apa yg husband bagi tu pandai2 la nk simpan utk diri sendiri kan.

P/s: nk mop lantai pun ada teknik dan procedure dia tau tak? Ini pun my hubby yg ajar sbb dia ada experience dlm bab2 hygiene ni. Kalau ikut i, main bantai "caraku, caraku jua" jer.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...