Assalamualaikum...
Dah lama betul tak mengupdate blog. Macam hidup segan mati tak mahu jer.
Hujung2 minggu ni memang hari untuk bermalas-malasan. Sampai kadang2 tu nak masak pun tersangat la malasnya.
Hari ni sebenarnya cuma nak masak bubur nasi jer makan dengan ikan bilis goreng + kacang + lobak masin + telur masin. Semua masin2 hahh...sapa yg ada darah tinggi dlm rumah ni nasib ler kan...
Pastu ada org tu keluar pi kedai...dia hentam p beli sayur bayam dan ayam lagi. Suruh goreng bayam dan goreng ayam tu buat lauk tambahan lagi...aduhhh! Letih betoi nk kena masak lagi.
Boring la kalau ayam tu asyik goreng garam kunyit jer. Pastu terfikir nk buat ayam pandan. Godek2 esbok tengok ada daun pandan kering 2-3 helai lg...buat jerla.
Buat pun guna resepi yg mudah..tak kuasa nk buat yg susah2.
Resepi: bawang merah (rmh ni takde bwg merah cuma ada bwg besar jer..hentam jer), bwg putih, halia sikit, serai sebatang, serbuk kari daging sikit, serbuk kunyit, garam dan half kiub ayam knorr dan daun pandan sehelai. Kasi blend semua kecuali daun pandan..gaul dgn ayam( jgn lupa letak daun pandan yg di potong kecik2 masa perap). Perap jap jer terus goreng. Siap. Bahan2 tu agak2 jer ikut banyak mana ayam yg kita guna.
Dah bole mkn...
Saturday, 23 November 2013
Bubur nasi berlauk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment