Sunday, 23 June 2013

Apam Snow White

Buat apam ni utk eisyah sbb dia suka mkn...lagipun sepupu2 dia yg pompuan dtg rumah utk main dgn dia, jadi bole jamu budak2 tu skali..

Apam ni lembut dan gebu..sedap dan mudah jer nk buat. Cuma pakai blender jer utk blend nasi. Nasi tu plak guna yg lebihan nasi semalam yg tak habis...jd tak membazir.

Yg pasti kaler mesti letak pink giteww... dan tak letak pun kelapa parut sbb budak2 ni tak suka. Makan gitu jer pun dh sedap.
Ni resepi yg dicopy paste.

RESEPI APAM SNOW WHITE

resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : bdaria@jurnalresepi

Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara
Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan
masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan
pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum
saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
NOTA dari kak.bdaria:
Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan
dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula)
supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan
ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis
nie....just nice 4 me.
Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan
kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag
supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna
putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat
lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati
bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi
masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak
digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini
sebelum kukusan yg pertama.



Wednesday, 19 June 2013

Umpan untuk si kecik

Kadang2 mainan pun tak jalan  bila si Deeja mula buat perangai..jenis tak makan pujuk punya org. Kalau kat abi dia lg dia taknak...yg si abi pulak kalau anak menangis bukannya reti nak pujuk...tp dia tambah lg dok usik bagi puas hati dia.
La ni lega skit dpt satu benda yg dpt buat dia diam dan member pun sgt suka. Apalagi kalau bukan umpan dia dengan makanan Super Puffs.

Benda ni bukan main food la...makanan main2 org kata...bukannya bole kenyang pun. Just selingan utk buat baby relax and behave while mak2 dok sibuk nak bagi mkn ka, nak suruh duduk ka atau selingan masa nak bagi solid food.  Takpe utk baby mkn sbb dia makanan organic dan contained some vitamins and minerals.

Dia datang dlm bnyak kaler yang menarik..rainbow kaler gitew. Tapi utk Qadeeja ni mommy dia pilih yg purple.

Mommies kat luar pun bole try jugak kasi makanan yg ni kalau menghadapi masalah yg sama macam si deeja ni yg sangat susah nak dok diam bila nk tukar diapers atau lepas mandi.



Saturday, 15 June 2013

Mommy jobless...

Bila mak2 takdak keje...maka terhasillah kerastangan yg mengekploitasi muka anak2.
Maka yg jadi mangsanya haruslah redha ye anak2...

Syiok ooo...bila dpt bereksperimentasi mcm ni...


Friday, 14 June 2013

Nasi Tomato sempoi jer...

Salam Jumaat...
Sempena hari Jumaat yang barakah ni kita masak la nasi tomato utk seisi keluarga dan juga masak lebih sikit utk diberi pada keluarga adik ipar. Bukannya susah mana pun. Guna jer bahan apa yg ada dlm icebox tu.

So cekidaut resepi nasi tomato ni...

Nasi Tomato

Beras ( dlm 3 cwn )
Air (agak2 ikut sukatan beras)
Tomato puree (dlm 2-3sudu besar)
Susu cair skit
Minyak zaitun + minyak sapi dlm 1 sudu besar
Garam sikit
Bhn tumis:
Kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Blend bawang merah , bwg putih & halia (agak2 ker)

Panaskan minyak dan minyak sapi.Tumis bhn tumis hingga naik bau. Masukkn tomato puree susu cair dan garam skit.
Biarkn kering seketika kemudian masukkn beras yg telah dibasuh. Masukkn air ikut sukatan beras. Alihkan masuk ke dalam periuk lektik. Kacau dan biarkn hingga nasi msk.

Ayam Masak merah

1 ekor ayam (potong 8- 10 kemudian letak garam kunyit dan goreng)
Cili kisar dlm 3 senduk nasi
Tomato puree
Cili sos
Garam
Gula
Bhn tumis:
Kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Bhn kisar:
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
Halia agak2
1 biji tomato

Panaskn minyak, tumis bhn tumis kemudian masukkn bhn kisar, cili kisar. Masak sampai kering. Kemudian masukkn tomato puree, cili sos, gula dan garam. Perasakan semua. Masukkn ayam gaul dlm 15minit atau biar agak kering sikit kuah. Angkat.

Acar kobis:

Kobis di parut atau cincang halus
Karot diparut
Tomato potong dadu
Cuka mkn sikit
Garam dan gula
Nak letak minyak zaitun skit pun bole

Satukn semua bahan gaul dan perasakan dengan garam dan gula.

Dah siap bole ngap..