Thursday, 19 November 2015

1 Tahun Dah Berlalu...

Hari ni dah last day Eisyah belajar di K1 (Kalau kat Malaysia Pra Sekolah untuk umur 5 tahun). Eisyah sekolah di kindergarten yang diadakan di Masjid Hasanah yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah dah setahun Berlalu. Banyak perubahan yang nampak sejak dia bersekolah. Banyak surah2 pendek dah dihafal, spelling dah bole yang simple2 dan yang paling dia suka drawing but not colouring. Ini memang Dari kecil lagi dia suka kalau bab drawing. Bahasa penghantar masih English walaupun sekolah kat masjid.
School field trips pun banyak juga yang Eisyah dah ikut..antaranya pergi River Safari, fire station dan dairy farm.
Masjid di sini sangat aktif dengan pelbagai aktiviti. Macam community centre  peranannya..sangat aktif. Siap ada office lagi kat dalam masjid. Tak pernah sunyi dan tak pernah takde orang dalam masjid.


Friday, 13 November 2015

Wajah baru blog yang kembali bersiaran....

Assalamualaikum...
Lama sungguh tak jenguk blog...tiba2 tergerak hati nak update blog selepas bertahun ditinggalkan. Allahuakbar ada lagi ke orang yang nak baca blog ni?..wallahualam...takpe update jer. InsyaAllah suatu hari nanti anak2 boleh jugak jengok2 baca diary online mak2 kat alam siber ni.

Perkembangan terbaru...emm..dulu anak sorang..sekarang dah empat orang. Dulu keja...sekarang dah stay at home Mommy. Syukur dengan perjalanan hidup yang telah ditentukanNya walaupun ada pasang surut, onak berliku ke berduri ke semua kena tempuh dan itulah yang menjadikan kita manusia yang tabah, kenal diri dan tahu mensyukuri bukan sahaja nikmat malah dugaan juga yang Allah datangkan kepada kita.

Bukan senang nak menguruskan rumahtangga dengan 4 orang anak kecil di bawah umur 5 tahun. Penatnya hanya Dia yang tahu. Tapi itulah amanah yang perlu dijaga dan dibimbing agar menjadi khalifah yang berjaya dunia dan akhirat.

Yang sulung Puteri Eisyah dah bersekolah (K1) kindergarten Masjid Hasanah. Yang kedua Puteri Qadeeja baru masuk 3 tahun October lepas, yang ketiga Puteri Maryam baru 1tahun 6bulan dan yang keempat Puteri Zahra 8 bulan. Semuanya Puteri....seronok sebab semua jadi Geng. 😘
Inilah muka2 yang susah sangat nak bergambar.....
.....
.....
.....