Friday, 12 July 2024

Percutian di Melaka ( Part 2)

 Semalam bercerita pasal homestay, hari ni kita tengok mana pula tempat menarik yang kita dah pergi. Budak-budak bukan main suka lagi dapat pergi tempat-tempat bersejarah macam ni. Banyak sangat tempat menarik di Melaka ni. Cuma masalahnya tak larat berjalan jer..cepat penat.😅.

Dalam trip ke Melaka ni Eisyah dapat menyiapkan video clip untuk project Malay Language dia di sekolah yang mana dia akan share bersama rakan-rakannya tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Melaka. Jadi macam melawat sambil belajar sekali la.

Kita share gambar- gambar yang ada jadi biar gambar yang berbicara kali ni...


Dataran Pahlawan Mall..(kita parking dibawah mall ni)

bergambar bersama keretapi lama di Dataran Pahlawan.

Dalam perjalanan memanjat bukit untuk ke Church of Saint Paul, Melaka.

Peniaga cenderamata di sekitar Church of Saint Paul.

Wajib ambil gambar sebagai kenangan di atas bukit ni.

Ini pula di Kota A'Famosa

Di depan muzium Umno Melaka, banyak beca membawa pelancong.

Masih di depan Kota A' Famosa

Wajib juga ambil gambar di sini tanda dah sampai Melaka.





Berjalan sepanjang Melaka River
Ada juga paparazi ambil gambar ni.



Bergambar didepan Kapal Muzium Samudera

Acara naik beca. Kalau tak salah satu trip Rm25

Makan cendol dulu di Muara Sungai Melaka

Peace

Dah kenyang baru bergerak balik

Malamnya kita makan seafood di Deli Muara Ikan Bakar. Harga berpatutan dan makanan pun sedap dan cepat serve. Ikan bakar petai sedap, ketam salted egg pun budak-budak suka dan sotong goreng tepung order dua kali sebab tak cukup.. puas hati makan.


Percutian di Melaka ( Part 1)

 Cuti sekolah ( Mid year School Holiday) di Singapore pada bulan June yang lalu selama sebulan. Jadi sejak semua anak-anak dah bersekolah, semua perancangan bercuti mesti dibuat awal sebab dah tahu bila semuanya bercuti jadi kita plan untuk ke Melaka. Jadi kita invite family di Penang untuk join sekali sebab Malaysia pun cuti sekolah seminggu time tu. Jadinya semua turun Melaka untuk bercuti dan kita buat family gathering sekali.

Bercuti kali ni sebab ramai, kita ambil homestay di Bukit Minyak, Melaka. MasyaAllah, homestay ni sangat senang membuat tempahan, bersih, kemas dan selesa untuk 3 family besar dan mak. 4 Bilik tidur, dua bilik air dan swimming pool, semua kelengkapan rumah cukup dengan tempat barbeque lagi. 4 hari 3 malam memang puas budak- budak mandi manda sampai tengah malam. Dak Shahril Private Pool Homestay. Ini link homestaynya.

 https://www.facebook.com/people/Dak-Shahril-Private-Pool-Homestay-Melaka/100091525560587/

Sekali masuk 10 orang dalam swimming poolnya. 

Luas, bersih dan selesa persekitarannya.


Acara main bunga api dan swimming sampai menggigil.




Barbeque adalah wajib, apalagi order Pakmat Western la. Mudah untuk order, cepat dan yang penting sedap.
https://www.pakmatwestern.com/hubungi-kami/


Nanti kita sambung lagi aktiviti lain yang kita buat sepanjang bercuti di melaka.

Stay tune.

Thursday, 11 July 2024

9 Tahun Telah Berlalu...

Assalamualaikum...

MasyaAllah telah telalu lama masa berlalu.. bila teringat balik aku pernah create blog di sini suatu masa dulu. Cuba cari balik apa yang masih ingat, Alhamdulillah jumpa semula blog lama ni.

Mungkin penulisan aku tak sebaik pencerita lain, namun cuba juga untuk menulis agar semua cerita aku dapat dikongsi atau dijadikan panduan yang bermanafaat untuk orang lain.

Alhamdulillah, last posting aku lebih kurang 9 tahun lepas semasa Puteri Eisyah berumur 5 tahun dan masih di kindergarten. Sekarang umurnya sudah 14 tahun dah disekolah menengah dah. Sungguh cepat masa berlalu penuh suka duka dalam membesarkan anak-anak sendirian di perantauan. Semuanya dengan aturan Allah yang cukup sempurna untuk menguji hambaNya.

Daripada seorang Stay At Home Mom (SAHM) yang menguruskan anak-anak kecil dirumah yang mana pada masa itu yang sulong Puteri Eisyah berumur 6 tahun, Puteri Qadeeja 4 tahun, Puteri Maryam 2 tahun, Puteri Zahra 1 tahun dan yang bongsu Puteri Sofiyyah baru lahir pada 2016. Tanpa pembantu atau bantuan dari saudara-mara, yang ada hanya suami yang menjadi tulang belakang, mendengar dan membantu apa yang patut sedaya mungkin. Penuh cabaran tapi sangat bernilai semua tu. Sekejap saja masa berlalu.

Jangan takut untuk mempunyai anak yang ramai. Semuanya tu rezeki, terima dengan hati terbuka walaupun kita rasa susah untuk membesarkan mereka dalam keadaan yang mungkin kurang mampu, tapi percayalah setiap anak ada rezeki masing-masing yang Allah dah aturkan. Belajar menerima dan bersyukur apa yang ada, InsyaAllah akan datang sinar yang dapat memberi kebahagiaan untuk kita bila kita belajar bersyukur.




2017



2024



Semoga perkongsian ini dan yang seterusnya nanti dapat kita kongsi lagi cerita- cerita umi beranak 5 ini. InsyaAllah.