Saturday, 11 August 2012

Yea..yea...nak balik kampung

Dah tak sabar nak balik Penang ni...ada sapa2 nak jemput tak untuk pegi open house raya ni..hehehe tak malu betul. Ecah balik Penang on 27 ni (passport dh expired...kalau tunggu lama2 nanti jadi PATI plak).
Balik ni bole la melantak puas2 sebelum bersalin ni...hehehe.

Opcoz si Ecah pun tak sabar nak balik kampung. Sekarang pantang kena marah dengan Abi nye...siap sound kat Ummi... "Umi jom"... bila ummi tanya balik "jom pi mana?"...."jom alik ampung"...
hehe..konon merajuk dengan Abi terus nak balik kampung ler tu..macam2.


Bila dah makin besar, makin banyak perangai baru yang dapat. Kengkonon dah jadi big girl la..:)



Wednesday, 8 August 2012

Aktiviti melayan anak

Aktiviti harian Ecah kat sini actually sama jer..kalau maknya tak rajin nak turun bawah...main ler kat dalam rumah. Main masak2, main jual2 dengan cash machine, mengadap youtube tengok tutitu, upin ipin, baa baa black sheep...sampai dah bole hafal lagu2 yg dia slalu dengar.
Kalau maknya terajin skit bole ler layan dia main kat playground kat bawah block. Tapi yang tak menahannya penat nak mengikut dia lari sana sini la. Last2 kalau penat sangat duduk le terlepak kat hujung2 slide yang anak panjat tu.







Biar jer dia nak panjat apapun...sapa larat ikut kalau asyik nak memanjat jer.
Apapun sekarang Ecah dah ok dengan environment kat sini.