Sunday, 11 August 2013

Salam Lebaran

Dah masuk berapa hari raya baru sempat nk update blog. Apapun belum terlambat lagi untuk ucapkan selamat hari raya utk semua muslimin dan muslimat...

Raya2 mcm ni syok makan jer kan...


Monday, 29 July 2013

Yeay..nak balik kampung..

Alhamdulillah raya ni kali giliran kat kampung pulak. Dah tak sabar nak balik lagi seminggu lebih kurang.  Tiket semua dah settle...mak oii dia punya harga boleh tahan jugak sampai laki aku kata lepas ni jangan dok terhegeh2 nak balik kampung lagi dah..setahun sekali sudah. Itupun dapat tiket SilkAir..kalau AirAsia lagi mahal cekik darah.
Hehe janji dapat balik kampung.

Baju dan kasut budak2 semua dah settle beli siap2 kat sini. Rasanya shopping baju dan kasut budak kat sini lagi murah berbanding dengan kat Mesia. Cuba tengok kasut stride rite tu yang aku beli kat budak2 ni baru sepasang $32 jer.. kat Mesia agak2 brapa yea..Aku agak kalau sepasang kasut tu  kalau tak Rm 150 ke atas jangan harap nak dapat la kan..Baju2 plak aku dapat beli dari Cotton On Kid sorang 3 pasang dengan harga tak sampai $100 tau..terer tak perbelanjaan berhemah aku. Semuanya aku beli masa ada diskaun.
Aku beli baju raya kat Eisyah masa dok Mesia dulu sepasang pun dah dekat Rm50...tak masuk kasut apa lagi. Tak berbaloi dengan barang yang kita dapat dan duit yg kita keluar...
Mungkin ni juga hikmah bila berhijrah dan jadi surirumah sepenuh masa ni. Dapat jimat duit poket somi. ;)

Pesanan penaja...sila berbelanja dengan berhemah di musim perayaan ni yea puan2...hehehe.



Wednesday, 24 July 2013

Nasi goreng ayam & sandwich

Petang ni iftar dengan nasi goreng ayam dan sandwich. Sandwich lagi....nk buat mcm mana dh warga rumah ni suka makan sandwich maka tukang masak kena la buat sandwich..ni sandwich guna panini bread yang ada herb. Letak grilled chicken & cheese pastu sapu roti tu ngan butter skit bakar dlm oven, dh keluarkn dari oven letakkan lettuce & tomato yg digaul dengan mayonis. Siap.



Tuesday, 23 July 2013

Roti arab

Ini salah satu menu iftar yang mudah nak di sediakan. Mana menu yang mudah dan cepat disediakan itu yg jadi pilihan. Almaklumlah..semua kena masak sendiri mestilah nk masak yg senang jer. Tak penah beli lagi tau makanan luar sepanjang berapa belas hari dah puasa ni..hehe. Ramadhan kali bole dikatakan banyak makan roti jer waktu berbuka. Entahlah...rasa itu yang cepat dan kena dengan tekak maka adalah menu ulangannya tiap2 minggu. Yg menjadi peberet skali mestilah garlic bread. Bole dikatakan selang sehari mesti buat. Tak kira la guna roti apapun...french loaf, ciabatta, foccacia atau panini..semua jadi. Tapi yg sedap skali ciabatta..rangup jer bila makan. Foccacia dan panini sedap buat sandwich sebab dia ada herbs.

Berbalik pada roti arab ni resepinya mudah jer nk buat dan ingat. Cicah pulak dengan kari sardin yg pekat...lagi la sedap. Nk cicah dengan apa pun bole asalkan kena dengan  tekak masing2.
So, resepinya hasil google dari myresepi dan diolah balik sikit2...

Roti arab

500 gm tepung gandum
300 ml air suam
2 cb gula
2 cb marjerin
2 cb minyak
Setengah peket yis yg 11gm tu.

Yis digaul dgn tepung.
Marjerin minyak dan gula dilarutkan dlm air suam. Tuangkan bancuhan air suam ni ke dalam tepung sikit2 sambil gaul sehingga habis. Uli adunan sehingga tak melekat pada tangan. Kalau lembut sgt bole letak tepung sikit kt tangan. Uli dalam 10 minit gitu pastu tutup doh dan  biarkan adunan naik 2kali ganda (dalam 45minit ke 1jam gitu). Sambil2 tunggu tu bole jer buat kari utk cicah roti ni.
Bila doh dah naik. Tumbuk2 skit bagi keluar angin pastu uli dan bahagi doh kepada beberapa ketulan bulat2 . Bole dapat dalam 12-15 ketul. Pastu canai skit kasi leper biar dia naik sekejap jer pastu bole goreng  dalam minyak panas. Biar dia naik kembung dulu dlm minyak panas baru balikkn ke sebelah lg. Goreng sampai perang2 jer. Senangkan.


Monday, 22 July 2013

Nasi ayam & roti boyan

Assalamualaikum....
Dah banyak hari tak tepet juadah berbuka. Sibuk sangat sampai tak sempat nak snap gambar. Dah tu ada pulak tetamu bertandang dan berbuka sekali, takkan nak amik gambar depan orang pulakkan....buat malu jer. Kot terer sangat masak takpe la. Ni setakat bole kenyangkan perut jer..simpan jer la niat murni tu..hehe.

So untuk hari ni...juadah ni jer yg dapat dikongsi bersama.. nasi ayam dan roti boyan.
Nasi ayam tu resepi biasa2 jer. Manakala roti boyan tu resepinya tuan tanah google jer. Kenal roti boyan tu sejak hijrah ke sini la...kalau tak harus la aku tak tau apa benda. Roti canai aku kenal la..hehe.