Friday, 12 July 2013

Subway, subway.....

Subway for breaking our fast today...
Actually this is a french loaf sandwich with grilled chicken...nak gempak sikit taruk la nama subway punya sandwich.
Mula2 tu planning nak guna focaccia bread utk sandwich ni..tp elek plak terpaksa tukar ke french loaf.
Apa bole buat hari2 kena masak so the easiest way to think what to cook is sandwich. Semua org happy when hear im preparing sandwich. Tukang masak pun happy dapur tak berkecah, minyak tak mercik sana sini.


Iftar hari pertama dan kedua Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua.  Bersempena bulan baik ni marilah sama2 kita ingat mengingati sesama kita utk mempertingkatkan amalan semoga kita beroleh keberkatan lagi utk menuju akhirat our final destination.

Bulan puasa kat sini tak meriah mcm kat Malaysia yg sana sini penuh dgn jualan pasar Ramadhannya. Jadi utk  juadah berbuka terpaksa la masak mengikut selera dan permintaan ahli majlis dlm rumah ni. Apa2 pun juadah sekadar bersederhana saja sebagai memenuhi tuntutan ibadah.
Utk hari pertama buat bubur ayam ala mcd dan sandwich telur campur mayonis, cheese dan tomato.
Manakala hari kedua pula buat kuih bakar pandan dengan yee mee kantonis..yg tak makan yee mee pula terpaksa la buat koeyteow kantonis..

Sila la jamu mata dgn juadah yg ada...mana tau kot2 dapat idea nak memasak pulak lepas ni.



Saturday, 6 July 2013

Nuttella Brownies

Pagi2 lagi bangun dh kena mendecorate brownies ni untuk dibawa ke majlis harijadi anak kawan kat sini.
Buatnya semalam time semua org dah tido...kalau tak siap la kena kacau. Buat brownies ni cukup la teramat mudahnya.

Cuma 3 bhan jer....telur+nuttella+tepung..
Simple nak mampus..guna plak whisk jer utk godek2 skit..siap pastu bakar.

Lihatlah hasilnya...


Tuesday, 2 July 2013

Ayam masak stew la pulak...

Asyik2 masak sup jer...sampai boring dah nak makan sup. Apa bole buat kanak2 ribena ada kat rumah, masak pun haruslah kena dengan tema kanak2. Nak makan dengan nasi putih bole atau cicah dengan roti pun bole.

Kali ni ubah skit jer drp tema sup..kalau sup letak air jer...kali ni letak tomato banyak skit...baru ada rasa masam2 skit.
Resepi..Cekidauttt..

Ayam Stew

1 ekor ayam potong kecik2 (nak guna kepak ayam macam ecah pun bole cuma kerat 2 jer)
2 sudu besar tomato puree
1 ketul kiub ayam
2 biji tomato dipotong dadu
1 labu bwg besar potong wedges
2-3 biji kentang potong 4
2 btg carrot belah dua lemudian potong serong besar2.
Daun sup dan daun bawang
Bhn blend:
3 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
2 inci halia

Tumis bahan blend sampai wangi.
Masukkan tomato puree, kacau. Masukkan tomato yg dipotong dadu dan ayam.kacau sebentar. Kemudian masukkan kentang, carrot, bawang besar dan kiub ayam. Masukkan air sedikit(agak2 tenggelam ayam skit jer).
Kacau dan biarkan mendidih dengn periuk ditutup agar cepat empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
Bila ayam dan sayur dah empuk bole tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
Siap bole makan..pastu keluar ronda2.